Monday, April 18, 2016

4 Langkah Mudah Menambah Saham Akhirat Kita ..

Assalamualaikum warga Seri Bangi dan muslimin muslimat yang dikasihi.

4 langkah mudah menambah saham kita di akhirat kelak:

1. Baca bismillah, selawat ke atas kekasih kita Nabi Muhammad SAW & niatkan urusan kita ini adalah untuk fi-sabilillah. 

2. Login ke online banking pilihan anda.

3. Sumbangkan RM ke akaun surau (Maybank : 562834623089 - Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi)

4. Logout dari online banking & doakan moga sumbangan kita diterima dan diberkati Allah.

Ayuh kita sama-sama menambah saham kita di  sana, sambil mengimarahkan solat berjemaah & aktiviti di surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi.

Saturday, March 26, 2016

Kursus Pengurusan Jenazah

Pada 27 Mac 2016 Jawatankuasa Surau Ar-Raudhah dan Muslimah Seri Bangi telah mengadakan satu program Kursus Pengurusan Jenazah.

Ia telah dihadiri oleh 53 orang peserta dan dikendalikan oleh Ustaz Yaakob Bin Hamid dari Hospital Pusrawi Kuala Lumpur.

Diharap program ini akan menjadikan kita lebih berilmu dan boleh dipraktikkan bila diperlukan kelak. InsyaAllah.









Thursday, March 24, 2016

Kerja penambahan keperluan surau

Sepanjang bulan Februari dan Mac, kerja-kerja penambahan keperluan surau dijalankan secara berterusan untuk memastikan keselesaan para jemaah.

Diharap dengan usaha menjadikan surau ini lebih selesa dan kemas akan menarik lebih ramai jemaah untuk hadir mengimarahkan surau.

1, Penambahan pengadang bagi jemaah muslimah















2. Pemasangan kabinet untuk bahagian muslimah dan juga tempat letak Al-Quran dan kitab





3. Pemasangan "frosted sticker" untuk bahagian jemaan muslimah"


















4. Pemasangan cermin di kawasan tandas dan tempat wudhu'

5. Pemasangan jam dan jadual waktu solat



6. Pemasangan penutup longkang







Saturday, February 20, 2016

Senarai AJK Surau Ar-Raudhah 2016-2018

13 Februari 2016

Berikut ialah senarai AJK baru surau yang telah dilantik dalam Mesyuarat Agung Pertama Surau Ar-Raudhah.

Tahniah dengan parlantikan ini dan harap semua AJK dapat menjalankan amanah dengan baik. Semua penduduk juga diharap dapat memberi sokongan bagi menjayakan semua yang dirancang. InsyaAllah.

Pengerusi
En Mohd Safian Abdul Rahman
Timbalan Pengerusi
En Muhammad Fahmi Ismail
Setiausaha
En Ahmad Azwan Abu Samah
Bendahari
En Abdul Rahim Ishak
Pemuda
En Khairil Ismail
Muslimah
Pn Mila Fariza Abdul Rahman
Pemeriksa Kira-kira
En Adi Satria Jamaludin
En Syahril Shaari
AJK Muslimin
En Zamri Hassim
En Nor Azmiza Abdul Aziz
En Mohamad Johadi Iskandar Che Jamil
En Mohd Nazim Basiron
AJK Muslimat
Pn Siti Zarina Abdullah
Pn Fauziah Abdullah
Pn Sahrida Nor

Majlis Penyerahan Kunci Surau

13 Februari 2016

Majlis penyerahan kunci surau dari pihak kontraktor kepada Jawatankuasa Pembinaan Surau telah diadakan di perkarangan Surau Ar-Raudhah. Dihadiri oleh wakil dari PAID, pihak kontraktor, JK pembinaan surau dan penduduk Seri Bangi.

Monday, August 3, 2015

Jadual Aktiviti Surau Ar-Raudhah & Muslimah Taman Seri Bangi : Ogos 2015

Assalamualaikum warga Taman Seri Bangi khususnya, sudah lama Admin tidak membuatkan pos di sini, walaupun Ramadhan telah berlalu dan sekarang berada di dalam bulan Syawal. Tunggukan pos saya tentang seluruh aktiviti yang telah berlangsung sepanjang bulan Ramadhan dan awal bulan Syawal.
 
Sambil menunggu pos berkenaan, berikut ialah jadual kuliyyah bulanan dan aktiviti di Taman Seri Bangi, untuk bulan Ogos 2015.
 

 
 
Jom sama-sama kita meriahkan majlis ilmu dengan menghadiri kuliyyah-kuliyyah serta kelas-kelas Al-Quran (untuk kanak-kanak dan dewasa), di samping turut serta dalam semua aktiviti yang dianjurkan, demi untuk kebaikan kita bersama.

Sebarang pertanyaan boleh diemelkan ke
arraudhahseribangi@gmail.com

Tuesday, June 2, 2015

Jadual Aktiviti Surau Ar-Raudhah & Muslimah Taman Seri Bangi : Jun 2015 & Ramadhan 1436H/2015M

Assalamualaikum,

Kepada warga Taman Seri Bangi khususnya, dan seluruh muslimin dan muslimat amnya, berikut ialah jadual aktiviti di Taman Seri Bangi, untuk bulan Jun 2015 dan juga sepanjang bulan Ramadhan 1435H.



Untuk sebarang sumbangan kepada pihak surau, berikut ialah maklumat akaun surau:


Nama Akaun: Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi
No. Akaun : 562834623089 (Maybank Islamic)

Sekiranya inginkan resit rasmi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bagi tujuan pengecualian cukai, sila emailkan nama, alamat, nombor telefon serta bukti pembayaran/online transfer ke arraudhahseribangi@gmail.com.